Friends

Friday, November 5, 2010

menghitung hari...



Hari ni aku nak berkongsi sikit la pasal perasaan aku sejak akhir2 ni..nak tahu apa yang aku rasa skang??........ Of coz la happy + excited. Sbbnya... x lama lagi kan cuti panjang nak bermula. Masa cuti ni la aku n famili ada peluang balik bercuti jumpa ngan famili yang jauh nun di utara tanah air..macam ni lah kalau dah berjauhan dengan keluarga..mujurlah ada suami n anak tercinta di sisi. Kalau tak menangis ja la setiap hari..

Memandangkan kitaorg suami isteri ni cikgu jadi x susahlah nak minta cuti coz sama ja bilangan cutinya... Cuti dalam sebulan..... syokkk tuuu...rugi kan kalau x balik??  biarla tiket Air Asia n MAS mahal pun...aku tak peduli yang penting aku le balik kampung...huhuhu...x sabar nak balik makan tau fu fa yang jual kat pasar malam coz kat sini xde benda tu..pastu nak g makan cendol n laksa kuala perlihh..huh...sedap tau!! Adehhhh....x sabar aku dibuatnya....korang yang merantau cam aku ni of coz memahami kan perasaan aku ni .....dan aku juga memahami perasaan korang...
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri..hahaha...so aku ambil peluang la ucapkan selamat bercuti kepada korang yang akan balik bercuti nanti..hati2 memandu n  ingatlah orang yang tersayang k?...adious...
READ MORE- menghitung hari...

Friday, October 29, 2010

jom vote harith!!




                ok tak photo ni kawan2?

hye kawan2 jom kita ramai2 vote harith nak x??..hehehe..mama dia nak raih undi untuk harith ni...tak payah la susah2 nak habiskan kredit tepon anda..anda cuma klik ja..hanya menggunakan hujung jari anda saja.. mudah kan!! wahhh..ayat ngayat tu orang cakap...
caranya mudah saja....
1)klik sini dan 'LIKE' 
SELEPAS LIKE DI PROFILE PAPA N MAMA TU
2)klik 'LIKE' sini pulak...
ITU SAHAJA MUDAH KAN!!!
sesape yang nak vote harith tu boleh la berbuat demikian yer...sokongan anda amat dihargai...:)



READ MORE- jom vote harith!!

Sunday, October 24, 2010

harith rayyan ----> 8 month



Kelmarin 23/10/10 genaplah harith rayyan berusia 8 bulan...pejam celik..pejam celik..dah 8 bulan...kejap sungguh masa berlalu...harith pun sekarang dah macam2 ragamnya.. kalau orang utara cakap buaih (buas) la sikit.. dulu menangis sayup2 ja dengar suara, tapi sekarang....huh..boleh dengar jiran belakang rumah..kalau bersembang plak tu tak ingat tengah malam..dok sembang sorang2..kadang2 x terlayan jugak..last2 dia tido sendiri...apa pun seronok melayan si harith yg comel macam mama ni hehehe..( jangan mare ya papa !! nanti kena jual..!!!) X sabar nak tunggu harith merangkak n tumbuh gigi..baby lain yang lahir selepas harith pun dah le merangkak n tumbuh gigi..agaknya gigi harith ni malu nak keluar kot!! hmmm...apa pun lambat tumbuh lambat la rosaknya btl x?? ( ayat nak sedapkan hati ) yang penting pasti tumbuh jugak cuma belum pasti bilanya...
hmmm...ok lah jumpa lagi si harith ni dah menangis dah...daaa....sebelum tu,..jom kita tgk aksi2 harith di depan kamera..c..uuu...







READ MORE- harith rayyan ----> 8 month

Saturday, October 23, 2010

Aku & D90...


          1st time aku bawak D90 ke sekolah..tu pun sebab aku nak ambik gambar budak dalam perlawanan bola jaring  & takraw peringkat zon C daerah Limbang. Dah aku yang bawak budak so, terpaksalah aku yang ambikkan gambar diaorg..Bukan xde kamera kawan2 ni tapi sajelah nak tunjukkan bakat yang memang tak ade langsung ni. lagipun aku bukannya ada kamera lain..tu ja. tu pun my hubby yang punya..pinjam jer la...nampak la menarik sikit gambar tu xde la kelabu2 hahaha...
          Sejak dari tulah kalau ade apa2 majlis or aktiviti kat sekolah, akulah yang terpaksa bertugas sebagai jurukamera... hmmm...dah bos suruh terpaksalah...walhal aku langsung xde asas dalam teknik2 mengambil gambar ni...action je la macam pro..:).Kalau bab posing terserah jer la kat aku. Aku memang minat tue..hehehe...
            Minat mengambil tu memang ada..tapi disebabkan aku ni x berseni maka x layak la aku nak dapatkan gambar2 yang menarik n berseni jugak...aku pakai bedal jer ambik gambar ni janji nampak cun....dimata aku jer la orang lain x tahu la pulak kan..hehehe...
             Namun, yang pasti aku akan belajar jugak x banyak pun sikit ilmu dalam bidang fotografi ni..harap2 my hubby dapat memberi tunjuk ajar..boleh ke tak :) ? Buat masa sekarang model cilik aku ialah Harith.. Anyway..sape2 yang ada minat2 macam aku ni le la share2 kan pendapat or ilmu korang kat aku...ok? hmmm..oklah jumpa lagi la..nak layan facebook lak..daaa....:)

READ MORE- Aku & D90...

Monday, August 23, 2010

pantas sungguh masa berlalu pergi....


Lama sungguh mamaharith x menjalankan aktiviti berblog ni..rasa rindu menebal dalam diri. Rindu meluahkan sesuatu..rindu berkomunikasi secara maya dengan teman-teman blogger especially dengan mama Dany and Adam yang selalu menyapa and mengomen blog mamaharith. ( ade ke kata imbuhan mengomen tu..hentam saje lahh...) ..
Tak lama je lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri sedangkan peristiwa yang berlaku pada hari raya tahun lepas masih lagi bermain-main di fikiran seolah-olah semuanya baru saja berlaku semalam..
Tiba-tiba ja mamaharith teringat sewaktu di zaman kanak-kanak..setiap kali hari raya kami pasti pulang ke kampung..seronok sangat bila dapat bermain bunga api dengan sedara dan kawan2..dapat menikmati keindahan malam yang diterangi dengan cahaya pelita..dapat mengumpul duit raya ( part ni yang paling besshh )..
Namun kini, setelah dewasa giliran mamaharith pula la yang menghulur duit raya..sepupu sepapat punyalah ramai beratus jugak la..anak sedara blum ada lagi...Harith cucu sulung keluarga kami..

2010 merupakan tahun pertama beraya dengan Harith..xcitednya mamaharith tak terkata..x sabar nak tunggu Harith mengenakan baju melayu yang telah ditempah sedondon dengan papa and mama..Harap2 saiz nya padan dengan badan Harith sekarang..sebab mamaharith tempah baju tu masa Harith baru berusia 1 bulan.Hmmmm...tak sabar betul la menanti hari itu..........

READ MORE- pantas sungguh masa berlalu pergi....

Saturday, July 31, 2010

mama Harith berehat untuk sementara waktu ya..!!

Ini pic terbaru baby harith..harith dah 5 bulan tau!!
READ MORE- mama Harith berehat untuk sementara waktu ya..!!

Monday, June 28, 2010

yeahh..dapat award lagi..

Assalamualaikum wbt semua..maaflah coz dah lama mamaharith tak mengupdate blog mamaharith nih..disebabkan oleh faktor kesibukan dan kemalasan yang melanda diri mamaharith sekrg..bukan marah kat sape2 or merajuk kat sape2 ok?!!..
Kali ni mamaharith nak ambik la award yang kawan2 kasi kat mamaharith..kebetulan sama lak award yang mamaharith terima so mamaharith boleh la jawab sekaligus ya.?!



   soalannya berbunyi seperti berikut jeng..jeng..jeng..

1. Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni

thanks a lot to cik sya and puan sheila coz give me this award..
jasamu x dapatku lupakan...
anda sungguh bermurah hati..
i lap u mmuaahhhh...

2. Sila beri award kpd 10 blogger yg laen..
jap nak pikirr...
ok calon-calonnya ialahh........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


3. Anda mesti memberitahu kpd 10 blogger ni

OKEHH..satgi cek bagitau naa...
tungguuuu....

4. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best n great

sebenarnya mamaharith x tahu la pulak best ke x blog mamahrith nie..kalau org kata best mamaharith okeyy jerr..mamaharith teramat la suka.nak kata apa yang best mamaharith pun x tahu..hehehe...

" THANKS COZ KATA BLOG MAMAHARITH BEST AND GREAT "

READ MORE- yeahh..dapat award lagi..

Tuesday, June 22, 2010

KCT 1 = Datuk K + Siti Nurhaliza = RM100 000

Woww..!! mamaHarith begitu teruja dengan kenyataan bahawa Datuk Siti Nurhaliza sanggup membida RM100 000 untuk nombor plat KCT 1.Banyak sungguh la duit Datuk Siti ni yerr..bagi mamaHarith nak beli nombor yang berharga RM300 tu pun mamaHarith rasa terlalu besar and x berbaloi sebabnya bukan le makan pun nombor plat tu hahaha...tapi kalau mamaHarith ni orang yang berduit confirm mamaHarith sanggup buat camtu x gitu?..Masalahnya x la berduit sesangat jadi RM300 tu xnak lah dibuang begitu saja..tapi kalau RM300 tu habis buat shopping baju raya ok jerr,...Tak kisahlah Datuk Siti nak beli dengan harga cam gitu coz berpuluh juta lagi asetnya yang ada...Best jugak kan kebetulan ada pulak nombor plat yang sesuai dengan diorang untuk diabadikan bersama. alahai jelesnya....Hmmm...ada ker nombor plat yang sesuai untuk mamaHarith?? mungkin 'DLA' kot hehehe...apapun mamaHarith sokong jerr dengan Datuk Siti nih..almaklumlahh mamaHarith ni memang minat gilerrr dengan Siti Nurhaliza sejak di awal pembabitannya dalam industri muzik lagi..Oklah x larat nak bercelotehh lagi pasal kes ni..sesiapa yang nak bid KCT 1 tu boleh la berbuat demikian yerr..ok jumpa lagi bubyy...
 gambar yang diambil di beautifulnara.com
READ MORE- KCT 1 = Datuk K + Siti Nurhaliza = RM100 000

Sunday, June 20, 2010

Baby Harith in action !!!!!!!! WARNING 18 SX

hehehehe amacam gempak x tajuk tu? dah lama rasanya mamaharith x masukan gambar baby harith kat dalam blog nih. kebetulan td papaharith tgh servis2 camera so mamaharith pun suruh la papaharith ambik gambar harith yg time tu tgh nak mandi. jom kita tengok !!!!!!!!


baby harith ni klw time mandi memang dia xcited sgt. yerla suka nak main air. tgok tu sampai ternganga2 mulut


baru2 ni papaharith ada belikan 4 ekor duckling utk teman harith mandi. tgok tu seronok tgok duckling tu sampai terlentok2. klw ada yg terperasan ada 3 ekor je kan duckling tu. nak tahu x mana pegi sekor lagi tu?


     taadaa.... yg seekor lagi tu melompat atas kepala harith la....heheheheheh


taraaaaa.........caye dah abis mandi ni......



post istimewa...bluewkkkkk.........


harith dah nak g siap2 ni jab g papa nak bawak g beli roti nak bekpes pagi esok. buby sumer......


READ MORE- Baby Harith in action !!!!!!!! WARNING 18 SX

Saturday, June 19, 2010

Harith join peraduan pa & ma



     Majalah pa & ma ni memang majalah favourite mamaHarith sejak mamaHarith mengandung dulu sampai sekarang Iyelah belum ada pengalaman untuk jaga baby.. jadi, buku ni lah mamaHarith jadikan panduan untuk mendapatkan sedikit pengetahuan...Banyak info2 yang berguna terutama dalam aspek pengurusan bayi.
Hmmm...baru-baru ni mamaHarith ke laman web pa & ma. MamaHarith tengok ramai sungguh baby comel yang join peraduan dalam tuh...mamaHarith pun terpikir kenapa tidak baby Harith pun mencuba nasib kan? Hmm...mamaHarith pun masukkan gambar baby Harith dalam peraduan bayi bulan ini..sebab tu ja yang  baby Harith layak dari segi syarat-syaratnya..persaingannya pun agak 'hangat'. yelaaa banyak baby2 yang saaangat comel yang join peraduan tu. geram kalau korang tengok... kalau nak menang tu memang tak ada harapan la coz ramai lagi yang dapat undi tertinggi...tapi tahu tak mamaHarith dah cukup gumbira dengan hasil undian tuh. baby Harith tak tahu lah gembira ke tak coz dia tak tahu apa2 huhuhu....mama dia jer yang lebih2...
kat sini mamaHarith letak link manalah tahu ada lagi  yang nak vote baby Harith or baby2 yang lain k.



READ MORE- Harith join peraduan pa & ma

Thursday, June 17, 2010

JERAWAT OH JERAWAT..

MamaHarith sekarang terrsangatttt la susah hati dengan masalah yang mamaHarith hadapi sekarang ni..Jerawat di muka mamaHarith semakin menjadi-jadi..Gerammmm betul mamaHarith..
Dulu sebelum kawin nak ada sebiji jerawat pun susah..Aduhh...lebih teruk selepas melahirkan Harith..kalau setakat berjerawat saja tak apalah ni siap berparut lagi di muka Waaaaa....mamaHarith pun confius napa leh jadi camtu ek..?? Adakah sebab darah yang mamaHarith terima masa melahirkan Harith tu ka?? Macam-macam persoalan timbul di fikiran mamaHarith ni..
Kawan-kawan tolonglah mamaHarith ....mamaHarith sampai tahap tak nak tengok cermin dah...malu kat diri sendiri huhuhu....Waktu zaman sekolah dulu lainlah siap bawak cermin gi sekolah..hahaha...pastu pas2 kat member2..boleh dikatakan perempuan dengan cermin tak dapat dipisahkan betul x? (hmm..ada bantahan??) Apapun mamaHarith harap masalah ni dapat diselesaikan dengan segera..barulah cik abang bertambah sayang..hehehe..
READ MORE- JERAWAT OH JERAWAT..

Tuesday, June 15, 2010

BUAT TATAPAN MU IBU...

 

Video ni mamaHarith paparkan istimewa buat semua bakal-bakal ibu..renung dan hayatilah..sesungguhnya anda pasti terharu dan bersyukur akan keAgungan ciptaan Tuhan Yang Maha Esa..
READ MORE- BUAT TATAPAN MU IBU...

Monday, June 14, 2010

mamaHarith kembali..!!


   Huhh..setelah seminggu berlalu, baru mamaHarith dapat kembali meneruskan xtvt berblog nih..Bukan mamaHarith merajuk ke atau dah tak berminat dengan blog ni, tapi..broadband yang mamaHarith guna selama ini dah tak dapat berfungsi dengan baiknya..Line yang sangat teruk..!! Tak sampai satu minit connect dah disconnect...Sebab tu mamaHarith ambil keputusan untuk beralih arah kepada Streamyx.

   Sebenarnya dah seminggu mamaHarith apply Streamyx ni tapi baru hari ni dapat digunakan..hmm...tak kisahlah janji dapat guna dengan hati yang gembira huhuhu...tak la lagi disconnect je memanjang kan...Yang best nya TM ada buat promosi tau..mamaHarith pun dapat T-Shirt percuma dari TM...lawa...mamaHarith siap berebut lagi dengan papaHarith hehehe.. macam budak2 jer... 
   
Jadi sape2 yang menghadapi masalah dengan broadband mereka segeralah beralih kepada STREAMYX ok? promote ni :)


READ MORE- mamaHarith kembali..!!

Tuesday, June 8, 2010

HARITH sampai juga AKHIRNYA...


Tahu tak sampai di mana tu??
Sabtu lepas mama, papa dan Harith serta famili kawan papa Harith bertolak ke Brunei.
Kitaorang konvoi 2 buah keta.
Seronok ke??
Entahlah...sebab sepanjang perjalanan Harith tido jer..
Terpaksalah mama jaga Harith tido di belakang.
Kesian papa..terpaksa jadi driver...:)
Tak banyak tempat dapat kitaorang lawat coz tak tahu jalan..:)
Tapi papa kata lain kali kita pergi lagi tunggu papa beli garmin dulu..
barulah senang nak berjalan..:)
Jom pilih lokasinya?

   Ada iras tak?

Tak sabar nak berjalan nih..!!

Harith jadi bos kat belakang hehehe..

Ini kawan Harith namanya Thaqif

Harith asyik tido je jadi..tak banyak la picnya yang diambil..Lain kali Harith pergi lagi, nanti Harith suruh papa ambik pic Harith banyak-banyak..
ok Jumpa lagi..
READ MORE- HARITH sampai juga AKHIRNYA...

2nd AWARD!!

Taadaa...tengoklah award yang mamaHarith dapat ni hmm...senyum sokmo..!!
MamaHarith terima daripada Mr Faizal.
TERIMA KASIH
DI ATAS 
PENGANUGERAHAN AWARD INI

TAPI JAWAB TAG DULU..!!

1.Adakah anda happy sekarang?
Sangat hepi 
 
2.Kenapa anda Happy?
Sebab mamaHarith dah register streamyx tak la asyik dconnect ja nanti
 
3.Apakah benda yang boleh membuatkan anda happy?
papa dan Harith

4.Pernahkah anda menerima tag??
pernah sekali dari nadiah (nett's kerepek)
 
5.Nyatakan warna yang anda suka.
hitam,putih,pink,hijau muda dll
 
6.Beritahu 9 orang yang anda mahu tag
6-dyea 
 
7.Tuliskan sesuatu tentang orang yang anda tag.
kaum hawa
&
TERIMALAH AWARD INI SEADANYA..

8.Adakah anda happy dengan apa yang ada?
hepi sangat 

-TAMAT-
READ MORE- 2nd AWARD!!

Monday, June 7, 2010

MAMAHARITH TELAH DI TAG..!!

MamaHarith telah ditag oleh pemilik blog nett's kerepek..Antara soalannya berbunyi seperti berikut:

1. Thank and link the person that tagged you 
TERIMA KASIH 
KEPADA 
 kerana tag mamaHarith


2. Tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic
1.en. sesengat :http://skepes.blogspot.com/ 
2.mat din :http://sukahaha.blogspot.com/
3.che gu kakashi :http://chegupk.blogspot.com/
4.fathiah :http://beautifulishappy.blogspot.com/
5.mar :http://floraexotica08.blogspot.com/
6.fauzus :http://fauzuskamaruddin.blogspot.com/
7.ninie azriena :http://ninieazriena91.blogspot.com/
8.pn farah :http://pnfazrin.blogspot.com/
9.nuriz :http://nurizspace.blogspot.com/
10.apek :http://faisalrozi.blogspot.com/
11.ayien :http://storyofayien.blogspot.com/
12.sheilalatif :http://shielasuri.blogspot.com/
13.fatin hanani :http://fatinhananisafyan.blogspot.com/
14.cik jari :http://tari-jemari88.blogspot.com/
15.man :http://www.cikgumanstation.blogspot.com/


3. Contact that blogs and let them know they've been tagged
   dalam proses pemberitahuan.


4. State 7 things bout yourself
-sayang papa dan harith
-sensitif
-tegas
-suka shopping
-suka melancong
-tak suka rumah bersepah-sepah
-kuat merajuk
 -TAMAT-
READ MORE- MAMAHARITH TELAH DI TAG..!!

Friday, June 4, 2010

MAMAHARITH JADI FOLLOWER YANG KE 100 LAGI...


Hmmm...bertuah betul mamaHarith ni...Walaupun baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni tak sampai sebulan..tapi mamaHarith dah jadi follower yang ke100 untuk kedua kalinya..(hehehe..orang lain tak heboh pun walaupun dah jadi banyak kali...) 
       Kali pertama mamaHarith jadi follower yang ke-100 untuk blog kepunyaan eifa zuhaira. saudari eifa kita ni bagi award berbentuk kasut..kat mamaHarith..cute sangat..!! Anyway terima kasih ya eifa..!!


                               http://anifazuhaira.blogspot.com/


        Hari ni mamaHarith jadi lagi follower yang ke-100. Kali ni untuk blog kepunyaan saudari ninie azriena. Nak tahu apa yang mamaHarith dapat?? Huhuhu...saudari ninie ni telah mengglamorkan blog mamaHarith di blognya...Terima kasih banyak-banyak ya ninie di atas pengikhtirafan sedemikian rupa..mamaHarith terharu..sob..sob..:)Apapun mamaHarith tetap berasa rendah diri..yerla apa  la sangat yang best kat blog mamaHarith nak dibandingkan dengan blog-blog lain....
Anyway terima kasih banyak-banyak buat semua follower2 mamaHarith coz bagi support kat mamaHarith yang baru setahun jagung ni...Terrimaaaa kasiihhhhhhh..........
READ MORE- MAMAHARITH JADI FOLLOWER YANG KE 100 LAGI...

Thursday, June 3, 2010

YA ALLAH...Salahkah aku untuk hidup di bumi-Mu ini..?

         
Mama Harith seolah-olah terpanggil untuk membicarakan isu yang semakin hangat ini. Isu apa lagi kalau bukan pembuangan bayi. Setiap kali mama Harith dengar isu ini di media cetak mahupun di media elektronik,.. mama Harith rasa sedih sangat. Kalau la mama Harith berada sorang diri waktu tu..memang confirm mama Harith dah mengalirkan air mata. Almaklumlah...mama Harith ni sensitif sikit orangnya...Sengaja mengontrolkan diri sebab papa Harith ada. 
        Mama Harith ada melihat entri berkenaan seekor harimau yang menyayangi dan melindungi seekor anak kera yang lahir selepas kematian ibunya akibat dicederakan oleh harimau itu sendiri. Entri tersebut boleh dilihat di Nurizspace .Bergenang air mata mama Harith melihat perihal harimau tersebut. Bagaimana seekor harimau boleh ada perasan macam tu terhadap insan lain.? Mama Harith sering tertanya2 di mana perasaan mereka yang membuang bayi itu? Tiadakah sedikit pun perasaan kasih dan sayang terhadap bayi mereka tu? Sampai ada yang sanggup tanam bayi mereka hidup2..Adakah kita ni hidup di zaman jahiliah? Sanggup mereka membiarkan bayi yang tidak berdosa itu dikelilingi sampah2..digonggong anjing2 liar...
       YA ALLAH...apakah salah anak ini? Bilakah semua ini akan berakhir..?? Tolonglah sayangilah zuriat itu..fikirlah di luar sana ramai yang bertahun-tahun menunggu untuk mendapatkan zuriat..tetapi bila dapat dibuangnya pula....berilah kepada mereka yang memerlukan daripada mati dibuang seperti sampah yang tidak ada nilainya.....


Sanggupkah kita melihat gambar ini? Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar pembuangan bayi ni..tapi mama Harith tak sanggup nak menatap setiap gambar tersebut cukuplah sekadar satu untuk renungan kita semua..
READ MORE- YA ALLAH...Salahkah aku untuk hidup di bumi-Mu ini..?

Wednesday, June 2, 2010

PAPA,,MAMA HARITH NAK MENIARAP..!!!

Inilah perkembangan terbaru Harith.. Dia dah nak mula meniarap pulak..!!.Sebelum ni Harith dah pandai  hisap jari & angkat kakinya..Tak sabar rasanya mama Harith nak tengok Harith merangkak..pastu berjalan..bercakap...boleh panggil papa & mama..hmmm...memang betul-betul tak sabar rasanya...:)
Tengoklah gambar yang mama Harith upload ni...gaya Harith nak meniarap hehehe...bila Harith nak meniarap jer,..apa lagi...mama Harith cepat-cepat pegi ambik kamera pastu terus snap beberapa keping gambarnya. 

    cubaan..cubaan..1..2..3..huh..!!..huh..!!!

cubaan lagi...uhh..uhh..uhh...!! 

Adehhh...sikit lagi..sikit lagi....!!

  yearhh...nak boleh dah ni....sikit lagi..!

akhirnya...yeaayyy......

TIBA-TIBA.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Adeh..adehh...tergolek plak..hehehe....


READ MORE- PAPA,,MAMA HARITH NAK MENIARAP..!!!

Sunday, May 30, 2010

CUKUP KE DUIT NI..??


Amboiii,..bukan main suka lagi si Harith ni dapat duit.!!. Hmmm...duit Brunei tu..Nampaknya Harith betul-betul dah bersedia untuk ke Brunei..tunggu masa saja..Tapi..cukup ke duit yang mama bagi Harith ni..?? Harith nak beli ole-ole untuk kawan-kawan Harith lagi nanti, ...auntie Nadiah pun minta Harith belikan ole-ole jugak...Macam mana ni ek?? Tak pe lah untuk auntie Nadiah Harith nak beli gula-gula jer lah...Boleh kan auntie Nadiah..??
READ MORE- CUKUP KE DUIT NI..??

Saturday, May 29, 2010

HMMM...DAH BESAR KE ANAK MAMA NI..??

Haa..tengoklah gambar yang mama Harith upload ni..Gaya tido baby Harith comel tak?? Hehehe..
Tido sampai kakinya terjuntai keluar dari buaian tu..Hmmmm...macam dah panjang jer kakinya tu kan?? Setiap kali tido mesti kakinya terkeluar. Nanti bila dah 5-6 bulan silap-silap haribulan bukan kaki ja yang terkeluar nanti...

     Sejak baby Harith dah 3 bulan ni..macam-macam gaya dan perubahan yang mama tengok pada buah hati mama sorang ni..Yer la..dulu Harith tak pandai nak hisap jarinya..sekarang dah pandai, pastu dah pandai angkat kedua-dua belah kakinya ..Jangan Harith hisap jari kakinya sudah!...Orang tua-tua cakap, kalau hisap jari kaki maknanya tak lama lagi nak dapat adik baru lah..!! Hehehe..bukan mama Harith tak nak bagi adik kepada Harith tapi tunggulah Harith besar dan matang sikit...baru boleh Harith jaga adiknya nanti..:)
Tunggulah kemunculan gambar Harith yang terbaru dengan gaya Harith yang cute tu ya.!!
READ MORE- HMMM...DAH BESAR KE ANAK MAMA NI..??

Friday, May 28, 2010

Yeeaayyy...Harith dah ada pasport!!

        Baru-baru ni, papa dan mama bawa Harith ke pejabat Imigresen untuk buat pasport Harith. Haaa..kalau nak tahu,..gambar yang ada dalam pasport tu papa Harith yang ambil tau!! Ala ..papa tangkap guna kamera papa yang mahal tu.. :p  hehehe..
Pastu papa edit la guna photoshop. Senang je sekarang ni...tak payah pergi kedai pun..Bukan tak nak bawa ke kedai..takut meragam pulak si Harith tu nanti.

      
       Papa kata nak bawa mama dan Harith melancong cuti sekolah ni sebab cuti sekolah tiga minggu ni papa, mama dan Harith tak balik kampung. Papa bercadang nak bawa Harith jalan-jalan ke Brunei..Mama pun bukan main excited lagi nak pegi sana..Yer la..dah 6 bulan mama Harith kat bandar Limbang ni belum berkesempatan lagi nak menjejakkan kaki ke sana. Rugi rasanya kalau tak pergi , lagipun,.. bukannya jauh sangat Limbang ke Brunei kan..?

                                           
                  Ada sesiapa yang nak ikut Harith ke Brunei tak??
READ MORE- Yeeaayyy...Harith dah ada pasport!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...