Mama Harith seolah-olah terpanggil untuk membicarakan isu yang semakin hangat ini. Isu apa lagi kalau bukan pembuangan bayi. Setiap kali mama Harith dengar isu ini di media cetak mahupun di media elektronik,.. mama Harith rasa sedih sangat. Kalau la mama Harith berada sorang diri waktu tu..memang confirm mama Harith dah mengalirkan air mata. Almaklumlah...mama Harith ni sensitif sikit orangnya...Sengaja mengontrolkan diri sebab papa Harith ada.
Mama Harith ada melihat entri berkenaan seekor harimau yang menyayangi dan melindungi seekor anak kera yang lahir selepas kematian ibunya akibat dicederakan oleh harimau itu sendiri. Entri tersebut boleh dilihat di Nurizspace .Bergenang air mata mama Harith melihat perihal harimau tersebut. Bagaimana seekor harimau boleh ada perasan macam tu terhadap insan lain.? Mama Harith sering tertanya2 di mana perasaan mereka yang membuang bayi itu? Tiadakah sedikit pun perasaan kasih dan sayang terhadap bayi mereka tu? Sampai ada yang sanggup tanam bayi mereka hidup2..Adakah kita ni hidup di zaman jahiliah? Sanggup mereka membiarkan bayi yang tidak berdosa itu dikelilingi sampah2..digonggong anjing2 liar...
YA ALLAH...apakah salah anak ini? Bilakah semua ini akan berakhir..?? Tolonglah sayangilah zuriat itu..fikirlah di luar sana ramai yang bertahun-tahun menunggu untuk mendapatkan zuriat..tetapi bila dapat dibuangnya pula....berilah kepada mereka yang memerlukan daripada mati dibuang seperti sampah yang tidak ada nilainya.....
Sanggupkah kita melihat gambar ini? Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar pembuangan bayi ni..tapi mama Harith tak sanggup nak menatap setiap gambar tersebut cukuplah sekadar satu untuk renungan kita semua..
1 comment:
mmg sedih sangat bila hampir setiap hari ade je cerita pembuangan bayi dlm tv..
ya Allah..sedihnya..haiwan pun x sekejam tu thdp anak2 mereka..
rasa nk je bagi alamat kt manusia2 tu,suruh letak dpn umah fatin je baby tu kalau x nak jaga baby tu..
jgn la sampai buang,bakar..x kurang yg tanam hidup2..
nauzubillah himin zalik..
mntak2 fatin dan ahli keluarga fatin djauhi dari bnda2 cmni..
sedih sgt2..fatin xde peluang ade adik byk..:(
Post a Comment