Friends

Sunday, May 30, 2010

CUKUP KE DUIT NI..??


Amboiii,..bukan main suka lagi si Harith ni dapat duit.!!. Hmmm...duit Brunei tu..Nampaknya Harith betul-betul dah bersedia untuk ke Brunei..tunggu masa saja..Tapi..cukup ke duit yang mama bagi Harith ni..?? Harith nak beli ole-ole untuk kawan-kawan Harith lagi nanti, ...auntie Nadiah pun minta Harith belikan ole-ole jugak...Macam mana ni ek?? Tak pe lah untuk auntie Nadiah Harith nak beli gula-gula jer lah...Boleh kan auntie Nadiah..??
READ MORE- CUKUP KE DUIT NI..??

Saturday, May 29, 2010

HMMM...DAH BESAR KE ANAK MAMA NI..??

Haa..tengoklah gambar yang mama Harith upload ni..Gaya tido baby Harith comel tak?? Hehehe..
Tido sampai kakinya terjuntai keluar dari buaian tu..Hmmmm...macam dah panjang jer kakinya tu kan?? Setiap kali tido mesti kakinya terkeluar. Nanti bila dah 5-6 bulan silap-silap haribulan bukan kaki ja yang terkeluar nanti...

     Sejak baby Harith dah 3 bulan ni..macam-macam gaya dan perubahan yang mama tengok pada buah hati mama sorang ni..Yer la..dulu Harith tak pandai nak hisap jarinya..sekarang dah pandai, pastu dah pandai angkat kedua-dua belah kakinya ..Jangan Harith hisap jari kakinya sudah!...Orang tua-tua cakap, kalau hisap jari kaki maknanya tak lama lagi nak dapat adik baru lah..!! Hehehe..bukan mama Harith tak nak bagi adik kepada Harith tapi tunggulah Harith besar dan matang sikit...baru boleh Harith jaga adiknya nanti..:)
Tunggulah kemunculan gambar Harith yang terbaru dengan gaya Harith yang cute tu ya.!!
READ MORE- HMMM...DAH BESAR KE ANAK MAMA NI..??

Friday, May 28, 2010

Yeeaayyy...Harith dah ada pasport!!

        Baru-baru ni, papa dan mama bawa Harith ke pejabat Imigresen untuk buat pasport Harith. Haaa..kalau nak tahu,..gambar yang ada dalam pasport tu papa Harith yang ambil tau!! Ala ..papa tangkap guna kamera papa yang mahal tu.. :p  hehehe..
Pastu papa edit la guna photoshop. Senang je sekarang ni...tak payah pergi kedai pun..Bukan tak nak bawa ke kedai..takut meragam pulak si Harith tu nanti.

      
       Papa kata nak bawa mama dan Harith melancong cuti sekolah ni sebab cuti sekolah tiga minggu ni papa, mama dan Harith tak balik kampung. Papa bercadang nak bawa Harith jalan-jalan ke Brunei..Mama pun bukan main excited lagi nak pegi sana..Yer la..dah 6 bulan mama Harith kat bandar Limbang ni belum berkesempatan lagi nak menjejakkan kaki ke sana. Rugi rasanya kalau tak pergi , lagipun,.. bukannya jauh sangat Limbang ke Brunei kan..?

                                           
                  Ada sesiapa yang nak ikut Harith ke Brunei tak??
READ MORE- Yeeaayyy...Harith dah ada pasport!!

Tuesday, May 25, 2010

"SELAMAT HARI GURU" CIKGU FARA!!!...

   Mungkin dah terlewat mama Harith nak masukkan entri pasal Hari Guru ni. Tapi..mama Harith nak citer jugak la untuk tatapan pengunjung-pengunjung blog mama Harith.Tadi...waktu mama Harith kemaskan buku-buku yang mama Harith letak dalam beg, tiba-tiba..mama Harith terjumpa sekeping kad buatan sendiri terselit dalam buku rekod mengajar mama Harith. Kad tu mama Harith dapat sebelum Hari Guru lagi.

kulit depan kad ucapan

               isi kandungan kad ucapan

   Sebenarnya mama Harith nak share la citer pasal murid yang bagi mama Harith kad ni. Murid ni merupakan murid baru di sekolah mama Harith dan mama Harith baru mengajarnya sebulan. Murid ni merupakan murid kelas pemulihan khas kerana tidak dapat membaca dan menulis biarpun dah tahun empat. Tapi mama Harith suka sangat mengajarnya sebab dia ada inisiatif untuk majukan dirinya.
   Mama Harith sebenarnya terharu.. biarpun dia tak berapa boleh nak menulis dengan betul, tapi...dia mahu jugak hantar kepada mama Harith. Mungkin itulah caranya untuk menghargai jasa guru. Mama Harith puji dengan sikapnya yang bersungguh-sungguh tu. Apa pun mama Harith tetap mendoakan kejayaannya dan berharap dia dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis tu nanti...
READ MORE- "SELAMAT HARI GURU" CIKGU FARA!!!...

Monday, May 24, 2010

SAHABAT BAIK HARITH... - FEN & MOO

            Inilah sahabat Harith...Fen & Moo. Bila Harith menangis, Fen & Moo nilah yang akan membuat mood Harith ni kembali ceria..Fen & Moo ni diberi oleh seseorang yang istimewa tau!! Nak tahu siapa??


          Fen ni diberi oleh seorang pramugari MAS yang saaaangat cantik. Kalau nak tahu,..masa tu mama dan Harith dalam penerbangan ke Alor Setar. Moo pulak dihadiahkan oleh tok wan Harith. Hmmmm...lama Harith tak jumpa Tok Wan dan Opah kat kampung. Mama & papa kata..Hari Raya baru kita orang nak balik Perlis..jadi..bolehlah Harith kumpul duit raya banyak-banyak nanti yahuuu....
        
READ MORE- SAHABAT BAIK HARITH... - FEN & MOO

Sunday, May 23, 2010

HARITH ..tolong mama ya..!!

Mama Harith sebenarnya dah ketandusan idea nak masukkan entri ni. Mungkin sebab mama Harith banyak keja lagi yang perlu disiapkan..jadi Harith lah sumber ilham mama Harith..

MAMA  : Harith sayang ...tolong mama masukkan
        entri ya..!!
HARITH: ok mama....Harith tolong...
MAMA  : Tengkiu sayang.. 
                                             
 GELAGAT HARITH NAK TOLONG MAMANYA...

                                                       
  " Nak masukkan entri apa ye..?? "

                                                            
" huhh...no idea..no idea...."
READ MORE- HARITH ..tolong mama ya..!!

1st AWARD :)


Tengoklah mama Harith dapat 1st award la daripada saudari eifa sebab mama Harith jadi followernya yang ke-100..Sukanya mama Harith....:) tengkiu ya saudari eifa..!!
READ MORE- 1st AWARD :)

Saturday, May 22, 2010

HARITH KE KLINIK LA PULAK...

          Kelmarin ( 21 Mei 2010 ) Harith dibawa ke klinik oleh mama dan papa. Ruam di pipi Harith belum sembuh walaupun dah nak masuk 3 bulan. Mama tak sanggup lagi tengok Harith menggosok-gosok mukanya sampai merah-merah...mungkin tak tahan gatal agaknya. Mata Harith sebelah kiri pula asyik berair saja. Mungkin sebab itu juga Harith asyik merap kebelakangan ni..
            Di klinik doktor beri ubat MOMATE CREAM untuk sembuhkan ruam di pipi Harith..Sebelum ni Harith pernah diberi ubat CALAMINE oleh klinik kesihatan tetapi tak juga sembuh-sembuh. Doktor kata pipi Harith tu perkara biasa yang dialami oleh bayi. Dia juga ada beritahu CALAMINE tidak sesuai diberi kepada bayi untuk kes seperti Harith ni..
             Malam tu sewaktu Harith tidur, mama pun sapukanlah MOMATE CREAM tu pada pipinya dan lap semula bekas cream tu bila Harith terjaga. Bukan apa...Harith kan suka sangat menggosok2 mukanya tu ...takut terkena mulutnya pula. Alhamdulillah...pagi tadi mama Harith tengok pipi Harith dah beransur sembuh...tiada lagi merah-merah seperti sebelum ni..lega mama dan papa Harith tengok. Tapi doktor kata mungkin ruam tu akan datang balik..jadi mama Harith kenalah simpan ubat tu ...

    Inilah ubat MOMATE CREAM yang doktor beri untuk sembuhkan pipi Harith
READ MORE- HARITH KE KLINIK LA PULAK...

Wednesday, May 19, 2010

song for Harith...


Harith Rayyan...
waktu pagi kau sinari hidup ini
bangun papa bangun mami
kau sebut di telinga kami
satu hari kau kan pergi
tinggal kami bersendiri
walau apa kan terjadi
kau tetap akan kami cintai

ohh.. Harith Rayyan tidur lah
kamikan bersama mu
dibuai mimpi nan indah
dan doa papa dan mama mu
tidur lah Harith Rayyan
tidur lah Harith Rayyan
tidur lah

Harith Rayyan...
yang pertama anugerah terutama
senyuman mu belai jiwa
pengubat hati yang lara
Tuhan lindungi permata
selamatkan sentiasa
dari duka di dunia
akan kita hadapi bersama
rambut mu mata mu bibir mu hati mu
senyum mu tawa mu di hatiku selalu

ohh.. Harith Rayyan...
tidur lah
kasihani mama mu
kerana dia menunggu
untuk bersama papa mu
tidurlah Harith Rayyan...
tidurlah Harith Rayyan..
tidurlah...
           Lagu ni merupakan lagu favourite mama Harith dan papa Harith semasa Harith berada dalam kandungan lagi..Entahlah..mama Harith minat sangat lagu ni sejak tengok cita PAPADOM yang didownload dari internet..Papa Harith selalu nyanyikan lagu ni pada mama Harith sambil memetik gitar akustiknya tu..Sedap jugak suara papa Harith sebenarnya..Dah lama mama Harith nak belajar main gitar entah bila la..papa Harith nak ajarkan..boleh jugak jadi macam Yuna :p ..

READ MORE- song for Harith...

Sunday, May 16, 2010

BUAH HATI MAMA...

          Inilah gambar terbaru Harith dan mamanya...Gambar ni diambil selepas Harith, papa dan mama pulang dari beli KFC.Hmmm...mama Harith teringin nak makan KFC arini. Nak cuba makan KFC black pepper la katakan. Bila makan fuhhh.....berasapp!!  Papa Harith yang selalunya tak cukup makan satu ketul ayam pun tak mampu nak habiskannya walaupun satu. Memang dasat lah kepedasannya tu. Boleh meleleh air mata dan air hidung semua...
          Arini Harith asyik merap saja. Bawa pegi berjalan pun menangis. Susah hati mama dan papa Harith dibuatnya..Kalau boleh bercakap senang la..boleh jugak beritahu sakit kat mana.. Sepanjang dalam kereta semasa perjalanan pulang tu,..Harith menangis tak henti-henti..nak kata lapar susu, dah beri tak nak...lagipun mama Harith dah beri Harith minum susu sebelum keluar tadi..Pampers pun mama Harith dah check tak la basah pun.Sampai jer rumah, mama Harith pujuk pun tak mahu.Last2 mama Harith pun letakkan Harith dalam buaian. Letak jer terus lena..Aduh...kesian buah hati mama nak tidur rupanya..!!
READ MORE- BUAH HATI MAMA...

Friday, May 14, 2010

SeLAMaT HaRI gUrU.....

         "Guru pembina negara bangsa" merupakan tema yang tepat diberikan kepada guru2 di Malaysia. Bukan mudah menjadi guru, mereka sanggup berkorban masa dan tenaga untuk melihat anak2 didik mereka berjaya. Tetapi kini, guru bukan saja dibebani tugas yang tidak sepatutnya, bahkan turut dihantui oleh sikap pelajar yang langsung tidak tahu menghormati guru. Hinggakan ada yang sanggup mengugut dan mencederakan guru mereka.
           Ke mana hilangnya nilai murni yang sepatutnya ada dalam diri pelajar itu? Jika guru tak dihormatnya apatah lagi dengan kedua ibu bapa mereka? Amankah hidup kita dengan menyakiti hati insan yang cuba menyalurkan secebis ilmu untuk melihat kita menjadi insan yang berguna kelak? Fikir2kan lah....
            Kepada guru, bimbinglah anak didikmu dengan sepenuh hati dan ikhlas. Jika kita mendidik dengan penuh jujur dan ikhlas, Insya-Allah anak2 kita akan dididik dengan sempurna oleh gurunya nanti...

            
         
READ MORE- SeLAMaT HaRI gUrU.....

Wednesday, May 12, 2010

Kelahiran putera sulungku..


Petang 22 Februari sebaik saja aku balik dari sekolah tetiba jer perut aku rasa memulas2 hingga tak terkata sakitnya..sakitnya seperti sakit perut yg pernah aku alami jika aku tersalah makan. Tapi sakitnya lebih teruk dari tu..Walaupun due date aku 24 Februari, tapi aku yakin sakitku bukan lah tanda untuk bersalin lagi...sebab setahu aku mesti kuar tanda macam darah or pecah ketuban dulu..boleh dikatakan 5 minit  sekali aku berulang alik ke tandas. Suamiku sampai menyuruhku ke hospital sebab tak sanggup melihatku menanggung kesakitan.
          Malam baru kesakitanku itu hilang.Tapi  aku masih dalam keadaan lemah almaklumlah lebih dari 10 kali berulang ke tandas...Keesokkan harinya, aku bangun macam biasa untuk k sekolah.Alangkah terperanjatnya aku apabila ada tanda darah. Aku pun bergegas beritahu suamiku akan hal tersebut. Oleh sebab aku tak rasa sakit, jadi aku enggan ke hospital lagi..lagipun hospital dekat 5 minit pun dah sampai...
         Tengah hari sewaktu aku baring2 tiba2 bunyi 'plup' dan basah kainku.Apa lagi aku pun terus bersiap dan terus ke hospital sebaik saja suamiku pulang.Di hospital, nurse mengatakan bukaan aku sudah 4 cm..fuhh...tapi aku belum rasa kesakitannya..Aku berada di wad menunggu saat bersalin.Lewat petang aku alami kesakitan yang amat sangat dan dimasukkan ke dalam bilik bersalin..Akhirnya tepat jam 0705 malam 23 Februari 2010 aku selamat  melahirkan putera sulungku yang diberi nama HARITH RAYYAN dengan seberat 3.85 kilo sahaja...
                                                                    baby harith 1 month

                                     baby harith 2 month
READ MORE- Kelahiran putera sulungku..

Tuesday, May 11, 2010

SELAMAT HARI IBU...

Rasanya masih tak terlewat untuk aku ucapkan "Selamat Hari Ibu" untuk ibu2 yang berada di seluruh Malaysia especially 4 my mom & mother in law yang berada nun jauh di utara...tanpamu ibu siapalah aku..tanpamu ibu aku tidak dapat menikmati keindahan alam maya ciptaan Tuhan Yang Maha Esa...sungguh besar pengorbananmu ibu...hati pasti tersentuh setiap kali lagu dendangan Aishah berkumandang (sebenarnya tak pasti tajuk lagu tersebut).
Kini aku juga telah bergelar sebagai seorang ibu, Pengalaman sepanjang tempoh mengandung aku juga sama seperti ibu- ibu yang lain. Di awal kehamilan aku mengalami alahan yang agak teruk.aku tidak lalu untuk menjamah apa jua makanan biarpun hakikatnya sebelum ini, itu merupakan makanan favourite aku.Aku langsung tidak dapat bau apa jua jenis makanan terutama bau nasi..huh...letih jugak la membeli makanan yang rasa2 boleh dimakan.bila makan muntah la pulak!Lebih memeritkan sepanjang tempoh mengandung juga aku terpaksa berpisah dengan suami tercinta...Suamiku bertugas di limbang, aku pulak di sibu...memandangkan baru mula bertugas jadi permohonan untuk bertukar ditolak. Tapi Alhamdulillah...hujung tahun tahun lepas aku dapat bertukar ke tempat suamiku walaupun waktu itu lagi 2 bulan aku akan melahirkan zuriat pertamaku.Berbalik kepada alahan tadi, ianya berakhir bila kandungan aku masuk 4 bulan.lega rasanya boleh makan apa saja..hinggakan berat badanku naik 4 KILO SEBULAN.Pegi klinik aku disuruh minum air gula la...rasanya tak tahu nak explain camne( orang yang pernah alami jer yang tahu).sepanjang mengandung pelbagai pengalaman yang telah aku lalui .Pengalaman ini mungkin sama seperti anda kan? Bagi yang bakal menjadi ibu..kuatkan semangat anda laluinya dengan penuh ceria kerana anda bakal memperoleh satu lagi kegembiraan yang tidak ternilai...
READ MORE- SELAMAT HARI IBU...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...