Friends

Tuesday, May 25, 2010

"SELAMAT HARI GURU" CIKGU FARA!!!...

   Mungkin dah terlewat mama Harith nak masukkan entri pasal Hari Guru ni. Tapi..mama Harith nak citer jugak la untuk tatapan pengunjung-pengunjung blog mama Harith.Tadi...waktu mama Harith kemaskan buku-buku yang mama Harith letak dalam beg, tiba-tiba..mama Harith terjumpa sekeping kad buatan sendiri terselit dalam buku rekod mengajar mama Harith. Kad tu mama Harith dapat sebelum Hari Guru lagi.

kulit depan kad ucapan

               isi kandungan kad ucapan

   Sebenarnya mama Harith nak share la citer pasal murid yang bagi mama Harith kad ni. Murid ni merupakan murid baru di sekolah mama Harith dan mama Harith baru mengajarnya sebulan. Murid ni merupakan murid kelas pemulihan khas kerana tidak dapat membaca dan menulis biarpun dah tahun empat. Tapi mama Harith suka sangat mengajarnya sebab dia ada inisiatif untuk majukan dirinya.
   Mama Harith sebenarnya terharu.. biarpun dia tak berapa boleh nak menulis dengan betul, tapi...dia mahu jugak hantar kepada mama Harith. Mungkin itulah caranya untuk menghargai jasa guru. Mama Harith puji dengan sikapnya yang bersungguh-sungguh tu. Apa pun mama Harith tetap mendoakan kejayaannya dan berharap dia dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis tu nanti...

2 comments:

Muara said...

Selamat Hari guru mamaharith

mamaharith said...

thanks ya muara..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...