Petang 22 Februari sebaik saja aku balik dari sekolah tetiba jer perut aku rasa memulas2 hingga tak terkata sakitnya..sakitnya seperti sakit perut yg pernah aku alami jika aku tersalah makan. Tapi sakitnya lebih teruk dari tu..Walaupun due date aku 24 Februari, tapi aku yakin sakitku bukan lah tanda untuk bersalin lagi...sebab setahu aku mesti kuar tanda macam darah or pecah ketuban dulu..boleh dikatakan 5 minit sekali aku berulang alik ke tandas. Suamiku sampai menyuruhku ke hospital sebab tak sanggup melihatku menanggung kesakitan.
Malam baru kesakitanku itu hilang.Tapi aku masih dalam keadaan lemah almaklumlah lebih dari 10 kali berulang ke tandas...Keesokkan harinya, aku bangun macam biasa untuk k sekolah.Alangkah terperanjatnya aku apabila ada tanda darah. Aku pun bergegas beritahu suamiku akan hal tersebut. Oleh sebab aku tak rasa sakit, jadi aku enggan ke hospital lagi..lagipun hospital dekat 5 minit pun dah sampai...
Tengah hari sewaktu aku baring2 tiba2 bunyi 'plup' dan basah kainku.Apa lagi aku pun terus bersiap dan terus ke hospital sebaik saja suamiku pulang.Di hospital, nurse mengatakan bukaan aku sudah 4 cm..fuhh...tapi aku belum rasa kesakitannya..Aku berada di wad menunggu saat bersalin.Lewat petang aku alami kesakitan yang amat sangat dan dimasukkan ke dalam bilik bersalin..Akhirnya tepat jam 0705 malam 23 Februari 2010 aku selamat melahirkan putera sulungku yang diberi nama HARITH RAYYAN dengan seberat 3.85 kilo sahaja...
baby harith 1 month
baby harith 2 month
1 comment:
hensemnya bb harith...mesti papanya pun hensem kan kan kan
Post a Comment