Rasanya masih tak terlewat untuk aku ucapkan "Selamat Hari Ibu" untuk ibu2 yang berada di seluruh Malaysia especially 4 my mom & mother in law yang berada nun jauh di utara...tanpamu ibu siapalah aku..tanpamu ibu aku tidak dapat menikmati keindahan alam maya ciptaan Tuhan Yang Maha Esa...sungguh besar pengorbananmu ibu...hati pasti tersentuh setiap kali lagu dendangan Aishah berkumandang (sebenarnya tak pasti tajuk lagu tersebut).
Kini aku juga telah bergelar sebagai seorang ibu, Pengalaman sepanjang tempoh mengandung aku juga sama seperti ibu- ibu yang lain. Di awal kehamilan aku mengalami alahan yang agak teruk.aku tidak lalu untuk menjamah apa jua makanan biarpun hakikatnya sebelum ini, itu merupakan makanan favourite aku.Aku langsung tidak dapat bau apa jua jenis makanan terutama bau nasi..huh...letih jugak la membeli makanan yang rasa2 boleh dimakan.bila makan muntah la pulak!Lebih memeritkan sepanjang tempoh mengandung juga aku terpaksa berpisah dengan suami tercinta...Suamiku bertugas di limbang, aku pulak di sibu...memandangkan baru mula bertugas jadi permohonan untuk bertukar ditolak. Tapi Alhamdulillah...hujung tahun tahun lepas aku dapat bertukar ke tempat suamiku walaupun waktu itu lagi 2 bulan aku akan melahirkan zuriat pertamaku.Berbalik kepada alahan tadi, ianya berakhir bila kandungan aku masuk 4 bulan.lega rasanya boleh makan apa saja..hinggakan berat badanku naik 4 KILO SEBULAN.Pegi klinik aku disuruh minum air gula la...rasanya tak tahu nak explain camne( orang yang pernah alami jer yang tahu).sepanjang mengandung pelbagai pengalaman yang telah aku lalui .Pengalaman ini mungkin sama seperti anda kan? Bagi yang bakal menjadi ibu..kuatkan semangat anda laluinya dengan penuh ceria kerana anda bakal memperoleh satu lagi kegembiraan yang tidak ternilai...
No comments:
Post a Comment