Friends

Monday, August 23, 2010

pantas sungguh masa berlalu pergi....


Lama sungguh mamaharith x menjalankan aktiviti berblog ni..rasa rindu menebal dalam diri. Rindu meluahkan sesuatu..rindu berkomunikasi secara maya dengan teman-teman blogger especially dengan mama Dany and Adam yang selalu menyapa and mengomen blog mamaharith. ( ade ke kata imbuhan mengomen tu..hentam saje lahh...) ..
Tak lama je lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri sedangkan peristiwa yang berlaku pada hari raya tahun lepas masih lagi bermain-main di fikiran seolah-olah semuanya baru saja berlaku semalam..
Tiba-tiba ja mamaharith teringat sewaktu di zaman kanak-kanak..setiap kali hari raya kami pasti pulang ke kampung..seronok sangat bila dapat bermain bunga api dengan sedara dan kawan2..dapat menikmati keindahan malam yang diterangi dengan cahaya pelita..dapat mengumpul duit raya ( part ni yang paling besshh )..
Namun kini, setelah dewasa giliran mamaharith pula la yang menghulur duit raya..sepupu sepapat punyalah ramai beratus jugak la..anak sedara blum ada lagi...Harith cucu sulung keluarga kami..

2010 merupakan tahun pertama beraya dengan Harith..xcitednya mamaharith tak terkata..x sabar nak tunggu Harith mengenakan baju melayu yang telah ditempah sedondon dengan papa and mama..Harap2 saiz nya padan dengan badan Harith sekarang..sebab mamaharith tempah baju tu masa Harith baru berusia 1 bulan.Hmmmm...tak sabar betul la menanti hari itu..........

READ MORE- pantas sungguh masa berlalu pergi....

Saturday, July 31, 2010

mama Harith berehat untuk sementara waktu ya..!!

Ini pic terbaru baby harith..harith dah 5 bulan tau!!
READ MORE- mama Harith berehat untuk sementara waktu ya..!!

Monday, June 28, 2010

yeahh..dapat award lagi..

Assalamualaikum wbt semua..maaflah coz dah lama mamaharith tak mengupdate blog mamaharith nih..disebabkan oleh faktor kesibukan dan kemalasan yang melanda diri mamaharith sekrg..bukan marah kat sape2 or merajuk kat sape2 ok?!!..
Kali ni mamaharith nak ambik la award yang kawan2 kasi kat mamaharith..kebetulan sama lak award yang mamaharith terima so mamaharith boleh la jawab sekaligus ya.?!



   soalannya berbunyi seperti berikut jeng..jeng..jeng..

1. Anda mesti beri pujian pada pemberi award ni

thanks a lot to cik sya and puan sheila coz give me this award..
jasamu x dapatku lupakan...
anda sungguh bermurah hati..
i lap u mmuaahhhh...

2. Sila beri award kpd 10 blogger yg laen..
jap nak pikirr...
ok calon-calonnya ialahh........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


3. Anda mesti memberitahu kpd 10 blogger ni

OKEHH..satgi cek bagitau naa...
tungguuuu....

4. Bagaimana anda boleh digelar blog yg best n great

sebenarnya mamaharith x tahu la pulak best ke x blog mamahrith nie..kalau org kata best mamaharith okeyy jerr..mamaharith teramat la suka.nak kata apa yang best mamaharith pun x tahu..hehehe...

" THANKS COZ KATA BLOG MAMAHARITH BEST AND GREAT "

READ MORE- yeahh..dapat award lagi..

Tuesday, June 22, 2010

KCT 1 = Datuk K + Siti Nurhaliza = RM100 000

Woww..!! mamaHarith begitu teruja dengan kenyataan bahawa Datuk Siti Nurhaliza sanggup membida RM100 000 untuk nombor plat KCT 1.Banyak sungguh la duit Datuk Siti ni yerr..bagi mamaHarith nak beli nombor yang berharga RM300 tu pun mamaHarith rasa terlalu besar and x berbaloi sebabnya bukan le makan pun nombor plat tu hahaha...tapi kalau mamaHarith ni orang yang berduit confirm mamaHarith sanggup buat camtu x gitu?..Masalahnya x la berduit sesangat jadi RM300 tu xnak lah dibuang begitu saja..tapi kalau RM300 tu habis buat shopping baju raya ok jerr,...Tak kisahlah Datuk Siti nak beli dengan harga cam gitu coz berpuluh juta lagi asetnya yang ada...Best jugak kan kebetulan ada pulak nombor plat yang sesuai dengan diorang untuk diabadikan bersama. alahai jelesnya....Hmmm...ada ker nombor plat yang sesuai untuk mamaHarith?? mungkin 'DLA' kot hehehe...apapun mamaHarith sokong jerr dengan Datuk Siti nih..almaklumlahh mamaHarith ni memang minat gilerrr dengan Siti Nurhaliza sejak di awal pembabitannya dalam industri muzik lagi..Oklah x larat nak bercelotehh lagi pasal kes ni..sesiapa yang nak bid KCT 1 tu boleh la berbuat demikian yerr..ok jumpa lagi bubyy...
 gambar yang diambil di beautifulnara.com
READ MORE- KCT 1 = Datuk K + Siti Nurhaliza = RM100 000

Sunday, June 20, 2010

Baby Harith in action !!!!!!!! WARNING 18 SX

hehehehe amacam gempak x tajuk tu? dah lama rasanya mamaharith x masukan gambar baby harith kat dalam blog nih. kebetulan td papaharith tgh servis2 camera so mamaharith pun suruh la papaharith ambik gambar harith yg time tu tgh nak mandi. jom kita tengok !!!!!!!!


baby harith ni klw time mandi memang dia xcited sgt. yerla suka nak main air. tgok tu sampai ternganga2 mulut


baru2 ni papaharith ada belikan 4 ekor duckling utk teman harith mandi. tgok tu seronok tgok duckling tu sampai terlentok2. klw ada yg terperasan ada 3 ekor je kan duckling tu. nak tahu x mana pegi sekor lagi tu?


     taadaa.... yg seekor lagi tu melompat atas kepala harith la....heheheheheh


taraaaaa.........caye dah abis mandi ni......



post istimewa...bluewkkkkk.........


harith dah nak g siap2 ni jab g papa nak bawak g beli roti nak bekpes pagi esok. buby sumer......


READ MORE- Baby Harith in action !!!!!!!! WARNING 18 SX

Saturday, June 19, 2010

Harith join peraduan pa & ma



     Majalah pa & ma ni memang majalah favourite mamaHarith sejak mamaHarith mengandung dulu sampai sekarang Iyelah belum ada pengalaman untuk jaga baby.. jadi, buku ni lah mamaHarith jadikan panduan untuk mendapatkan sedikit pengetahuan...Banyak info2 yang berguna terutama dalam aspek pengurusan bayi.
Hmmm...baru-baru ni mamaHarith ke laman web pa & ma. MamaHarith tengok ramai sungguh baby comel yang join peraduan dalam tuh...mamaHarith pun terpikir kenapa tidak baby Harith pun mencuba nasib kan? Hmm...mamaHarith pun masukkan gambar baby Harith dalam peraduan bayi bulan ini..sebab tu ja yang  baby Harith layak dari segi syarat-syaratnya..persaingannya pun agak 'hangat'. yelaaa banyak baby2 yang saaangat comel yang join peraduan tu. geram kalau korang tengok... kalau nak menang tu memang tak ada harapan la coz ramai lagi yang dapat undi tertinggi...tapi tahu tak mamaHarith dah cukup gumbira dengan hasil undian tuh. baby Harith tak tahu lah gembira ke tak coz dia tak tahu apa2 huhuhu....mama dia jer yang lebih2...
kat sini mamaHarith letak link manalah tahu ada lagi  yang nak vote baby Harith or baby2 yang lain k.



READ MORE- Harith join peraduan pa & ma
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...