Amboiii,..bukan main suka lagi si Harith ni dapat duit.!!. Hmmm...duit Brunei tu..Nampaknya Harith betul-betul dah bersedia untuk ke Brunei..tunggu masa saja..Tapi..cukup ke duit yang mama bagi Harith ni..?? Harith nak beli ole-ole untuk kawan-kawan Harith lagi nanti, ...auntie Nadiah pun minta Harith belikan ole-ole jugak...Macam mana ni ek?? Tak pe lah untuk auntie Nadiah Harith nak beli gula-gula jer lah...Boleh kan auntie Nadiah..??
Friends
Sunday, May 30, 2010
Saturday, May 29, 2010
HMMM...DAH BESAR KE ANAK MAMA NI..??
Haa..tengoklah gambar yang mama Harith upload ni..Gaya tido baby Harith comel tak?? Hehehe..
Tido sampai kakinya terjuntai keluar dari buaian tu..Hmmmm...macam dah panjang jer kakinya tu kan?? Setiap kali tido mesti kakinya terkeluar. Nanti bila dah 5-6 bulan silap-silap haribulan bukan kaki ja yang terkeluar nanti...
Sejak baby Harith dah 3 bulan ni..macam-macam gaya dan perubahan yang mama tengok pada buah hati mama sorang ni..Yer la..dulu Harith tak pandai nak hisap jarinya..sekarang dah pandai, pastu dah pandai angkat kedua-dua belah kakinya ..Jangan Harith hisap jari kakinya sudah!...Orang tua-tua cakap, kalau hisap jari kaki maknanya tak lama lagi nak dapat adik baru lah..!! Hehehe..bukan mama Harith tak nak bagi adik kepada Harith tapi tunggulah Harith besar dan matang sikit...baru boleh Harith jaga adiknya nanti..:)
Tunggulah kemunculan gambar Harith yang terbaru dengan gaya Harith yang cute tu ya.!!
Friday, May 28, 2010
Yeeaayyy...Harith dah ada pasport!!
Baru-baru ni, papa dan mama bawa Harith ke pejabat Imigresen untuk buat pasport Harith. Haaa..kalau nak tahu,..gambar yang ada dalam pasport tu papa Harith yang ambil tau!! Ala ..papa tangkap guna kamera papa yang mahal tu.. :p hehehe..
Pastu papa edit la guna photoshop. Senang je sekarang ni...tak payah pergi kedai pun..Bukan tak nak bawa ke kedai..takut meragam pulak si Harith tu nanti.
Papa kata nak bawa mama dan Harith melancong cuti sekolah ni sebab cuti sekolah tiga minggu ni papa, mama dan Harith tak balik kampung. Papa bercadang nak bawa Harith jalan-jalan ke Brunei..Mama pun bukan main excited lagi nak pegi sana..Yer la..dah 6 bulan mama Harith kat bandar Limbang ni belum berkesempatan lagi nak menjejakkan kaki ke sana. Rugi rasanya kalau tak pergi , lagipun,.. bukannya jauh sangat Limbang ke Brunei kan..?
Ada sesiapa yang nak ikut Harith ke Brunei tak??
Tuesday, May 25, 2010
"SELAMAT HARI GURU" CIKGU FARA!!!...
Mungkin dah terlewat mama Harith nak masukkan entri pasal Hari Guru ni. Tapi..mama Harith nak citer jugak la untuk tatapan pengunjung-pengunjung blog mama Harith.Tadi...waktu mama Harith kemaskan buku-buku yang mama Harith letak dalam beg, tiba-tiba..mama Harith terjumpa sekeping kad buatan sendiri terselit dalam buku rekod mengajar mama Harith. Kad tu mama Harith dapat sebelum Hari Guru lagi.
kulit depan kad ucapan
isi kandungan kad ucapan
Sebenarnya mama Harith nak share la citer pasal murid yang bagi mama Harith kad ni. Murid ni merupakan murid baru di sekolah mama Harith dan mama Harith baru mengajarnya sebulan. Murid ni merupakan murid kelas pemulihan khas kerana tidak dapat membaca dan menulis biarpun dah tahun empat. Tapi mama Harith suka sangat mengajarnya sebab dia ada inisiatif untuk majukan dirinya.
Mama Harith sebenarnya terharu.. biarpun dia tak berapa boleh nak menulis dengan betul, tapi...dia mahu jugak hantar kepada mama Harith. Mungkin itulah caranya untuk menghargai jasa guru. Mama Harith puji dengan sikapnya yang bersungguh-sungguh tu. Apa pun mama Harith tetap mendoakan kejayaannya dan berharap dia dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis tu nanti...
Monday, May 24, 2010
SAHABAT BAIK HARITH... - FEN & MOO
Inilah sahabat Harith...Fen & Moo. Bila Harith menangis, Fen & Moo nilah yang akan membuat mood Harith ni kembali ceria..Fen & Moo ni diberi oleh seseorang yang istimewa tau!! Nak tahu siapa??
Fen ni diberi oleh seorang pramugari MAS yang saaaangat cantik. Kalau nak tahu,..masa tu mama dan Harith dalam penerbangan ke Alor Setar. Moo pulak dihadiahkan oleh tok wan Harith. Hmmmm...lama Harith tak jumpa Tok Wan dan Opah kat kampung. Mama & papa kata..Hari Raya baru kita orang nak balik Perlis..jadi..bolehlah Harith kumpul duit raya banyak-banyak nanti yahuuu....
Sunday, May 23, 2010
HARITH ..tolong mama ya..!!
Mama Harith sebenarnya dah ketandusan idea nak masukkan entri ni. Mungkin sebab mama Harith banyak keja lagi yang perlu disiapkan..jadi Harith lah sumber ilham mama Harith..
MAMA : Harith sayang ...tolong mama masukkan
entri ya..!!
entri ya..!!
HARITH: ok mama....Harith tolong...
MAMA : Tengkiu sayang..
GELAGAT HARITH NAK TOLONG MAMANYA...
" Nak masukkan entri apa ye..?? "
" huhh...no idea..no idea...."










