Friends

Saturday, April 16, 2011

Adehhh...R2 Terkeluar la pulak!!



Setiap malam Jumaat pukul 10 malam memang aku akan tunggu2 ja rancangan feveret aku. Apa lagi kalau bukan "MAHARAJA LAWAK"...Walaupun memang ada peserta yang lawaknya kaw kaw tapi aku taklah gelak sampai terguling2...bagi aku peserta maharaja lawak  ni memang ada yang lawaknya betul2 menjadi...ada jugak yang x lawak pun...
JOZAN, NABIL, SEPAH, JAMBU memang da best la tapi..aku x kisah sangat coz diorg memang dah berkecimpung dalam bidang lawak di Malaysia ni..peminat pun ramai...kalau buat biasa2 pun sure org undi gak...Cuma nak bagi sokongan kat muka2 baru lak... Especially R2 hehehe..my feveret la selain yang senior2 tu...
Semalam aku frust gak coz feveret aku kumpulan R2 leh terkeluar..aku x nafikan memang semalam lawaknya tu agak kurang menyengat pun...tapi yang aku tak puas hati ...yang sepatutnya terkeluar tak jugak keluar2...
Apapun aku harap R2 dapat masuk balik nanti...mana la nak tahu ada juri yang boleh bantu dorg ni...aku rasa R2 boleh sebaris dengan pelawak2 yang sedia ada jika diberi peluang BETUL X?
R2... Apapun aku harap korang success !! cAyALAH........

READ MORE- Adehhh...R2 Terkeluar la pulak!!

Sunday, March 20, 2011

Menanti orang baru...




Saat melahirkan Harith Rayyan masih bermain2 difikiran..bila terkenangkannya pasti timbul perasaan fobia,.takut.. sakit,..Namun, aku tahu....masing-masing punya pengalaman yang tersendiri...ada yang mudah...ada yang sampai sehari manahan sakit tapi belum ada tanda2 baby nak keluar...Namun aku bersyukur tempoh kesakitan aku tak lama. Walaupun ada komplikasi selepas melahirkan...itu pun sebab tiada tenaga pakar di hospital...
 Kini aku perlu menghadapi sekali lagi saat itu....aku bersyukur kepadaMu YA ALLAH kerana mengurniakan aku rezeki yang tiada tandingan nilainya...Usia Harith cukup setahun, aku disahkan hamil lagi....Alhamdulillah....walaupun adakalanya aku berasa kejam untuk Harith yang belum mengerti apa2 dan perlukan lebih kasih sayang waktu ini...Namun,..aku percaya ada hikmahnya....Tidak akan aku banding bezakan zuriat2 ku nanti...Akan ku besarkan kalian dengan penuh kasih sayang yang tidak berbelah bahagi....Tidak akan aku sia2kan amanah Allah ini...Semoga kehadiran orang baru membawa kebahagian dan penyeri dalam keluarga kami Aminn....


READ MORE- Menanti orang baru...

Friday, November 5, 2010

menghitung hari...



Hari ni aku nak berkongsi sikit la pasal perasaan aku sejak akhir2 ni..nak tahu apa yang aku rasa skang??........ Of coz la happy + excited. Sbbnya... x lama lagi kan cuti panjang nak bermula. Masa cuti ni la aku n famili ada peluang balik bercuti jumpa ngan famili yang jauh nun di utara tanah air..macam ni lah kalau dah berjauhan dengan keluarga..mujurlah ada suami n anak tercinta di sisi. Kalau tak menangis ja la setiap hari..

Memandangkan kitaorg suami isteri ni cikgu jadi x susahlah nak minta cuti coz sama ja bilangan cutinya... Cuti dalam sebulan..... syokkk tuuu...rugi kan kalau x balik??  biarla tiket Air Asia n MAS mahal pun...aku tak peduli yang penting aku le balik kampung...huhuhu...x sabar nak balik makan tau fu fa yang jual kat pasar malam coz kat sini xde benda tu..pastu nak g makan cendol n laksa kuala perlihh..huh...sedap tau!! Adehhhh....x sabar aku dibuatnya....korang yang merantau cam aku ni of coz memahami kan perasaan aku ni .....dan aku juga memahami perasaan korang...
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri..hahaha...so aku ambil peluang la ucapkan selamat bercuti kepada korang yang akan balik bercuti nanti..hati2 memandu n  ingatlah orang yang tersayang k?...adious...
READ MORE- menghitung hari...

Friday, October 29, 2010

jom vote harith!!




                ok tak photo ni kawan2?

hye kawan2 jom kita ramai2 vote harith nak x??..hehehe..mama dia nak raih undi untuk harith ni...tak payah la susah2 nak habiskan kredit tepon anda..anda cuma klik ja..hanya menggunakan hujung jari anda saja.. mudah kan!! wahhh..ayat ngayat tu orang cakap...
caranya mudah saja....
1)klik sini dan 'LIKE' 
SELEPAS LIKE DI PROFILE PAPA N MAMA TU
2)klik 'LIKE' sini pulak...
ITU SAHAJA MUDAH KAN!!!
sesape yang nak vote harith tu boleh la berbuat demikian yer...sokongan anda amat dihargai...:)



READ MORE- jom vote harith!!

Sunday, October 24, 2010

harith rayyan ----> 8 month



Kelmarin 23/10/10 genaplah harith rayyan berusia 8 bulan...pejam celik..pejam celik..dah 8 bulan...kejap sungguh masa berlalu...harith pun sekarang dah macam2 ragamnya.. kalau orang utara cakap buaih (buas) la sikit.. dulu menangis sayup2 ja dengar suara, tapi sekarang....huh..boleh dengar jiran belakang rumah..kalau bersembang plak tu tak ingat tengah malam..dok sembang sorang2..kadang2 x terlayan jugak..last2 dia tido sendiri...apa pun seronok melayan si harith yg comel macam mama ni hehehe..( jangan mare ya papa !! nanti kena jual..!!!) X sabar nak tunggu harith merangkak n tumbuh gigi..baby lain yang lahir selepas harith pun dah le merangkak n tumbuh gigi..agaknya gigi harith ni malu nak keluar kot!! hmmm...apa pun lambat tumbuh lambat la rosaknya btl x?? ( ayat nak sedapkan hati ) yang penting pasti tumbuh jugak cuma belum pasti bilanya...
hmmm...ok lah jumpa lagi si harith ni dah menangis dah...daaa....sebelum tu,..jom kita tgk aksi2 harith di depan kamera..c..uuu...







READ MORE- harith rayyan ----> 8 month

Saturday, October 23, 2010

Aku & D90...


          1st time aku bawak D90 ke sekolah..tu pun sebab aku nak ambik gambar budak dalam perlawanan bola jaring  & takraw peringkat zon C daerah Limbang. Dah aku yang bawak budak so, terpaksalah aku yang ambikkan gambar diaorg..Bukan xde kamera kawan2 ni tapi sajelah nak tunjukkan bakat yang memang tak ade langsung ni. lagipun aku bukannya ada kamera lain..tu ja. tu pun my hubby yang punya..pinjam jer la...nampak la menarik sikit gambar tu xde la kelabu2 hahaha...
          Sejak dari tulah kalau ade apa2 majlis or aktiviti kat sekolah, akulah yang terpaksa bertugas sebagai jurukamera... hmmm...dah bos suruh terpaksalah...walhal aku langsung xde asas dalam teknik2 mengambil gambar ni...action je la macam pro..:).Kalau bab posing terserah jer la kat aku. Aku memang minat tue..hehehe...
            Minat mengambil tu memang ada..tapi disebabkan aku ni x berseni maka x layak la aku nak dapatkan gambar2 yang menarik n berseni jugak...aku pakai bedal jer ambik gambar ni janji nampak cun....dimata aku jer la orang lain x tahu la pulak kan..hehehe...
             Namun, yang pasti aku akan belajar jugak x banyak pun sikit ilmu dalam bidang fotografi ni..harap2 my hubby dapat memberi tunjuk ajar..boleh ke tak :) ? Buat masa sekarang model cilik aku ialah Harith.. Anyway..sape2 yang ada minat2 macam aku ni le la share2 kan pendapat or ilmu korang kat aku...ok? hmmm..oklah jumpa lagi la..nak layan facebook lak..daaa....:)

READ MORE- Aku & D90...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...